Tuesday 9 August 2011

re"CHARGE" my soul..


Alhamdulillah..aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan aku sedikit kesempatan untuk mengarang sedikit ilmu agar dapat dikongsi bersama..


pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi..kerana dengan limpah rahmatNya..kita masih lagi dapat menghirup udara yang mengandungi oksigen untuk kita teruskan kehidupan di muka bumi ini.."demi bumi serta segala yang ada di hamparannya"-As-Syams..

Bukan mudah nak menjadi raja,
Bukan mudah mahu memegang tahta,
Bukan mudah pelopori dunia,
Bukan mudah kuasai jiwa..

23-24 JULAI 2011!!
Hati ini bagaikan di"charge" semula..semuanya dirancang tanpa disedari..selama ini aku katakan yang aku mahu pelajari ISLAM tapi hakikatnya..bagai melepaskan batuk ditangga..aku rasakan selama ini aku sudah ada ilmu tentang Islam tetapi rupa2 nya..aku hanya mendongak ke langit tinggi tetapi hakikatnya kaki masih berpijak di hamparan bumi..tetapi tarikh ini telah merubah segalanya..yang kabur menjadi jelas..yang jelas menjadi terang..yang terang terus benderang..

1..6..5?
ESQ?..merupakan satu titik tolak perubahan bagi diri aku..mebezakan yang HAQ dan yang BATIL..permulaan aku dimulakan dengan langkah yang drastik..agak tersentak..tetapi apabila aku mengenalNya sedikit demi sedikit..baru aku memahami hikmah disebalik semua ini terjadi..aku bukanNya dilahirkan sebagai seorang wali..yang sememangnya Ilmu penuh didada..aku dilahirkan dengan ilmu agama yang cetek dan perlu ditingkatkan demi agama..ESQ adalah pilihan yang terbaik untuk re"CHARGE" our soul..semuanya berlandaskan Islam..Ihsan..iman..islam..

**hati perlukan santapan..santapan yang enak adalah yang memenuhi kriteria yang diberikan oleh syarak..kasihanilah hati..lapar dan dahagakan santapannya..hati ini bersifat lembut..maka jagalah ia sebelum ia merosakkan segalanya..

**janganlah mengharapkan balasan..sesungguhnya balasan itu sudah dijanjikan..**
(ungkapan inilah yang aku pengang erat untuk berbuat baik 
kepada manusia dan sentiasa merendah diri)

ingin aku katakan bahawa diri ini masih alpa dan masih mencari cinta hakiki..CINTA ILAHI yang ingin aku cari..apabila bercerita mengenai cinta..pasti menyeronokkan..ada kisah yang menyayat hati..kisah suka dan duka..tetapi adakah itu menjamin kebahagiaan kita??sudah pasti tidak...dan carilah cinta Ilahi kerana yang indah itu pasti dikecapi..cinta Ilahi perlukan pengorbanan..tiada Cinta Ilahi tanpa sebarang pengorbanan dan keterpaksaan..

cinta itu hadir apabila adanya "KETERPAKSAAN"