Wednesday 14 September 2011

"Hanya Kerana SAYYIZ"

HANYA KERANA SAYYIZ
IBNU SUFI HASAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Setiap langkah disusun rapi, bagaikan menapak seperti seorang puteri. Namun kaki Putera Farraz terhenti seketika selepas tersadung gelincik di kaki Bukit Sayyiz, yang merupakan bukit yang memisahkan antara Kerajaan Madura dan Kerajaan Indera Kayangan. Putera Farraz berhenti seketika untuk membersihkan gelopok di kaki celananya, di samping anak matanya tidak berkelip melihat keindahan Istana Indera Kayangan yang selama ini menjadi buah mulut rakyat jelatanya.
Kerajaan Indera Kayangan bukanlah satu kerajaan yang asing bagi kerajaannya, kerana pada zaman kegemilangan Kerajaan Madura, hubungan serantau yang dibina antara Kerajaan Madura dengan Kerajaan Indera Kayangan sangat utuh dan sekukuh Tembok Besar China yang telah dibnina oleh Dinasti Shang. Tiada apa pun yang dapat memutuskan hubungan yang dibina itu.
“Tuan hamba, apakah gerangan tuan hamba di sini?”, suara sayu seorang wanita telah menghentikan lamunan Putera Farraz dengan serta-merta. Putera Farraz dengan berat hati telah menoleh kebelakang.
“Beta..eh..tidak..tidak, hamba..ya hamba sedang berburu”, tersekat-sekat Putera Farraz membalas persoalannya.
“kalau berburu di mana kausnya?”.
“oh..hamba sengaja meninggalkannya di puncak Sayyiz”.
            Kerutan di dahi wanita itu jelas sekali memperlihatkan kehairanan melihat gelagat Putera Farraz itu. Hati kecil wanita tersebut masih lagi tertanya-tanya.
            “Siapakah tuan hamba sebenarnya?”
            “Hamba Farraz, seorang..seorang..pedangang dari seberang”, Putera Farraz terpaksa             menyembunyikan hakikat yang sebenar.
            “Nama hamba pula Asrohima”, hanya namanya sahaja yang diberikan.
            Wajah Asrohima yang dihijabkan dengan purdah telah membuatkan Putera Farraz teringat kepada perwatakan nabi Yusuf. Nabi Yusuf yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t Sembilan persepuluh kecantikan terpaksa menghijabkan durjanya dengan purdah daripada dilihat oleh orang kebanyakan.
            “Kemana hala tuju tuan hamba selepas ini?”, Asrohima terus menanyakan persoalan             tersebut memandangkan Putera Farraz yang khali sejak tadi.
            Putera Farraz terus membisu tanpa bersuara.
            “Tuan hamba mahu bersama hamba?”
            “Mahu ke mana, tuan hamba?”
            “Kita pulang ke kediaman hamba, lagipun sudah tentu tuan hamba tiada tempat untuk   berteduh, bukankah begitu tuan hamba?”.
            Putera Farraz tidak memberikan sebarang jawapan, tidak mengangguk mahupun menggeleng. Namun tapak kakinya telah memulakan langkah yang tersusun rapi mengekori langkah Asrohima.
            Mentari yang kini berada tepat di atas ubun-ubun kepala sememangnya memeritkankan perjalanan mereka pada ketika itu. Setapak demi setapak amat sukar bagi Putera Farraz, namun, dengan kudrat yang dikurniakan Ilahi, dia terus melangkah tanpa henti.
            “Di mana letaknya kediaman tuan hamba sebenarnya?”, Putera Farraz merasakan             perjalanan mereka seperti menghala ke gerbang Istana Indera Kayangan.
“Di sana”, Asrohima menudingkan jari telunjuknya ke pintu gerbang Istana Indera kayangan seraya mengecilkan anak matanya tanda kegirangan.
            Hati Putera Farraz berdetar bagaikan dentuman halilintar yang telah memusnahkan kehidupan Kaum Tsamud pada zaman Nabi Salleh kerana kaumnya telah menuduh Nabi Salleh seorang pendusta. Langkah Putera Farraz terus menjadi kaku, bagaikan dipacak dengan besi keluli.
            “Tuan hamba, kenapa tuan hamba menghentikan langkah tuan hamba?”.
            “Maafkan hamba, tuan hamba. Hamba hanya terkenangkan kampung halaman hamba”, Putera Farraz sekali lagi menyembunyikan hakikat yang sebenar kerana khuatir akan menimbulkan prasangka yang buruk. Asrohima hanya menunduk dan menoleh kembali ke hadapan, sebagai tanda dia mengerti akan apa yang diperkatakan oleh Putera Farraz.
            “Inilah kediaman hamba”, Asrohima terus menjejakkan kaki ke dalam istana.
            “Tuan hamba..adakah tuan hamba ini..Puteri kerajan Indera Kayangan?”.
            Asrohima tidak memberikan sebarang jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh Putera Farraz malahan hanya membalasnya dengan jelingan anak matanya sahaja.
            “Mari masuk ke dalam”.
            Langkah yang diatur oleh Putera Farraz semakin perlahan dan berhati-hati. Pandangan anak matanya seperti ingin menerkam ke arah musuhnya. Namun, segala perasaannya dihijabkan dan ditenggelamkan jauh ke dasar Lautan China Selatan, agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
***
            Istana Indera Kayangan yang sering diperkatakan oleh rakyat jelata sememangnya merupakan Istana yang gah di abad itu. Istana ini sememangnya istana yang tersergam indah dengan ukiran seperti berada di zaman Mesir Purba.
            Keindahan Istana Indera Kayangan dapat digambarkan dengan keindahan dan kecantikan Taman Zeins yang terletak ditengah-tengah bahagian istana. Taman bunga ini mempunyai lebih seratus ribu jenis bunga yang terdapat di seantero dunia. Taman ini juga diberi nama Zeins kerana ditaman ini terdapat sejenis bunga yang dapat merawat segala penyakit dengan keizinan Ya Rabb. Pokok bunga Zeins ini hanya akan berputik sepuluh tahun sekali.
            Setiap langkah yang diatur semasa menjejakkan kaki di dalam Istana Indera Kayangan telah membuatkan Putera Farraz merasakan kedaulatan Kerajaan Indera Kayangan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa luar sama seperti pada zaman kegemilangan Kerajaan Madura pada suatu ketika dahulu.
            Kedatangan Putera Farraz disambut dengan tangan yang terbuka oleh orang istana. Malahan, Putera Farraz diberikan tempat beradu yang sungguh empuk dan kehidupannya bagaikan seorang raja.
            “Selesakah tuan hamba di sini?”, suara Asrohima sememangnya sering menghentikan             lamunannya.
            “Sungguh selesa, terima kasih pu..pu..puteri”, sahut Putera Farraz dengan keadaan yang    serba salah.
            Sinaran mata yang dilirikkan oleh Asrohima jelas menunjukkan dia geli hati dengan gelagat Putera Farraz yang semakin hari semakin mencuit bunga-bunga cintanya untuk berputik kembali. Asrohima meninggalkan Putera Farraz setelah mendengar bunyi tapak kaki yang menghampiri kamar Putera Farraz.
            “Assalammualaikum wahai anak muda”, Raja Naufaz mendoakan kesejahteraan Putera Farraz.
            “Waalaikumussalam warah matullah”, sahut Putera Farraz lambang mendoakan semula kesejahteraan Raja Naufaz seperti yang diwajibkan dalam agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
            “Bagaimana dengan keadaan kamu sekarang Farraz, selesakah berada di sini?”.
            “Hamba sangat berterima kasih kepada Tuanku kerana bermurah hati menumpangkan          hamba di sini, semoga Allah merahmati kehidupan Tuanku”.
            Bual bicara mereka sungguh mengasyikkan dan terhenti seketika tatkala terdengar bunyi ketukan tabuh yang melambangkan sudah masuk waktu solat Asar.
            Selesai sahaja menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, Putera Farraz teringat akan pesanan ayahandanya di bumi Madura yang menyatakan bahawa, Kerajaan Indera Kayangan harus dihapuskan dan Kerajaan Madura harus kembali berkuasa demi kepentingan rakyat jelatanya.
            Sang mentari sudahpun ingin melabuhkan sinarnya di ufuk barat. Peperangan yang telah memberikan satu titik hitam kepada Kerajaan Madura masih lagi segar dalam ingatan Putera Farraz.
***
            “Farraz, himpunkan semua bala tentera Beta dan siap siaga untuk menentang bala tentera             Kerajaan Indera Kayangan di bahagian selatan”, arahan yang dilaungkan oleh ayahanda         Putera Farraz sememangnya membingitkan cuping telinganya di subuh hari.
            Putera Farraz yang masih lagi dibuai mimpi telah dikejutkan oleh ayahandanya, dan dia terus berlari ke markas tentera.
            "Wahai sekalian bala tenteraku, pagi ini kita semua akan menentang tentera Indera Kayangan sehabis boleh, dan ingatlah bahawa, barang siapa yang lari dari medan peperangan merupakan penghuni Neraka Jahannam selama-lamanya", suara gah Putera Farraz sememangnya membakar semangat bala tenteranya.
            "Pasukan memanah akan bersiap siaga di Puncak Sayyiz, pasukan berkuda di selatan             Madura dan selebihnya di hadapan pintu gerbang dari arah selatan Madura".
            Pertempuran hebat antara dua kerajaan itu telah meranapkan hubungan serantau yang telah dibina sejak setengah alaf yang lalu.tidak disangka-sangka, hanya kerana Sayyiz, pertumpahan dua kerajaan terjadi.
            “Farraz, Farraz adakah tuan hamba berada di dalam?”, lamunan Putera Farraz serta-merta   terhenti dan Putera Farraz terus menoleh kearah pintu kamarnya yang ditolak rapi oleh     Asrohima.
“Mengapakah raut wajah tuan hamba berkerut seribu?, adakah tuan hamba masih teringatkan kampung halaman tuan hamba?”
            “er..er..tidak, agaknya hamba keletihan sahaja”
“Jika begitu, tuan hamba beristirehatlah dahulu”, Asrohima meminta izin dan terus keluar dari kamar Putera Farraz.
            Hentakan tapak kaki Asrohima semakin menghilang. Dalam masa yang sama Putera Farraz ingin merasai sendiri keindahan Taman Zeins. Dengan langkah yang berani, Putera Farraz perlahan-lahan melangkah keluar dari kamarnya kea rah serambi Istana Indera Kayangan.
            “Jika aku diberikan masa, akan aku guna sebaiknya,
             jika aku diberikan kuasa, akan aku perkasakan segalanya,
            dan jika aku diberikan nyawa, akan aku hidupkan semuanya”.

“Siapakah gerangan itu!?”, secara serta-merta Putera Farraz mengutarakan persoalan tersebut seraya terdengar satu suara dari arah timur laut serambi istana.
“Wahai anak muda, janganlah kau leka dan janganlah kau termakan dengan hasutan syaitan laknatullah”, suara kasar itu menyahut kembali.
“Ampunkan hamba, tuan hamba. Tuan hamba diminta untuk menghadap Raja Naufaz di balairung seri dengan segera’, suara dayang yang hanya mnurut perintah Raja Naufaz telah mematikan perbualan Putera Farraz dengan suara kasar itu tadi.
            “Baiklah dayang, terima kasih..”
            Putera Farraz semakin bimbang dengan keadaannya di Istana Indera Kayangan. Seribu satu persoalan sedang bermain di benak fikirannya. Siapakah empunya suara itu tadi?apakah mahunya?. Perasaan Putera Farraz bercampur-baur. Dia juga tidak mengerti akan hajat yang ingin disampaikan oleh Raja Naufaz.
            Setibanya Putera Farraz di balairung seri. Anak matanya terjurus ke arah Asrohima. Walaupun wajah Asrohima dihijabkan dengan purdah, namun, sinaran matanya tetap mamikat hati si putera. Dengan pantas Putera Farraz mengalihkan pandangannya kerana dia takut akan hukuman Allah kelak. Seperti mana yang telah disebutkan oleh Allah dalam Surah An-Nur ayat 30, mafhumnya,
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”.
            “Farraz, kemari kamu anak muda”, Raja Naufaz memulakan bicara.
            “Ampun Tuanku”, Putera Farraz menunjukkna rasa hormatnya kepada Raja Naufaz.
            “Beta mempunyai satu hajat, adakah tuan hamba mahu laksanakannya?”
            “Ampun Tuanku, jika hajat tuanku berketepatan dengan kudrat hamba, nescaya, pasti    hamba akan laksanakannya”.
            “Beta ingin menyatukan tuan hamba dengan puteri Beta, Asrohima”.
           Putera Farraz tidak mampu berkata apa-apa. Lidahnya kelu dan fikirannya membeku.
            "Perkahwinan kalian akan diadakan pada malam bulan penuh, iaitu tiga hari lagi", Raja     Naufaz terus menetapkan hari perkahwinan mereka walaupun Putera Farraz tidak             memberikan sebarang jawapan. Putera Farraz berasa sangat serba salah, malah dia tidak    dibenarkan bersuara.
Setibanya Putera Farraz di kamarnya, dia terus membuka jendela dan melihat ke luar halaman.
            “Anak muda, janganlah kau leka”, suara kasar itu bersahut lagi.
            “Siapa kau!!?..jika kau berani, tampilkan wajahmu!!”, Putera Farraz terus teriak.
            Suara kasar tersebut terus menghilang dibawa angin monsun yang bertiup. Putera Farraz termenung sejenak dan pelbagai persoalan menjadi tanda tanya. Kenapa Raja Naufaz mahu menyatukan aku dengan puterinya? Kenapa terlalu singkat waktunya?. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya sehinggakan Putera Farraz nyenyak dibuai mimpi dipetang hari.
            ***
            Bunyi bising diluar kamar Putera Farraz sudah cukup untuk mengejutkan Putera Farraz daripada terus dibuai mimpi. Dengan keadaan yang separa sedar, Putera Farraz tetap melangkah ke pintu untuk membuka walaupun agak sukar untuk dia menapak. Menapak dalam keadaan yang separa sedar sememangnya bagai menapak di atas himpunan duri. Namun, apabila setibanya dia di muka pintu, belum sempat Putera Farraz ingin menarik selak di bahagian atas pintu, di terkejut apabila mendengar perbualan Raja Naufaz dengan puteri kesayangannya.
            “Ayahanda mahu menyatukan anakanda dengan pengemis itu?! Adakah ayahanda buta?!’,           suara Asrohima jelas menusuk di hati Putera Farraz. Suara Asrohima bagaikan tusukan        lembing yang tepat mengena jantung Putera Farraz.
            “Ya anakanda, anakanda lupa akan sumpahan Si Saitin ke atas anakanda sedekad lalu?”.
            Asrohima mengusap wajahnya dibalik purdah dan dia terus berpaling. Raja Naufaz mengerti akan perasaan puterinya.
            “Anakanda, segalanya bakal selesai, ayahanda akan berusaha dengan sedaya upaya untuk   menyingkirkan sumpahan itu, percayalah”, suara Raja Naufaz jelas dapat mengubati hati      luka Asrohima.
            Dengan perasaan gundah gulana, Putera Farraz mengundurkan langkahnya ke belakang setapak demi setapak dan diingini dia terjatuh akibat terlangkah kaki katil. Dentuman yang kuat membuatkan Raja Naufaz dan puterinya, Asrohima merempuh masuk kamar Putera Farraz dengan serta merta. Pintu yang dirempuh kuat oleh Raja Naufaz jelas memaparkan kemarahannya.
            “Pengawal!pengawal! Beta mahu kamu semua pastikan kamar ini sentiasa berkunci dan                  pastikan tiada sesiapapun yang mundar mandir di hadapan kamar ini”, dengan nadayang        tinggi Raja Naufaz menyampaikan titahnya.

            “Ampun Tuanku”, salah seorang pengawal istana bersuara menunjukkan titah dijunjung.

            Putera Farraz merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi, dan Putera Farraz juga kehairanan melihat perwatakan Raja Naufaz yang sungguh kejam itu.

            Asrohima hanya melihat tanpa bersuara dan anak matanya tidak sesekali diarahkan kepada Putera Farraz.
           
            Pintu kamar Putera Farraz dikunci dan dijaga rapi oleh pengawal-pengawal istana, jendela kamarnya diselak kuat dari luar dan hidup Putera Farraz bagaikan dibumi yang tiada penghuninya.

            “Gunakan gerak hatimu untuk mencari sinar kebahagiaan”, suara kasar tersebut kembali           lagi tanpa diundang.

            “Gerak hatiku?”, Putera Farraz terus menanyakan persoalan itu tanpa perasaan ragu-ragu     lagi.

            Putera Farraz melabuhkan punggungnya di atas katil dan matanya terus melihat potret-potret yang tergantung di dinding kamarnya, sebelum dapat menutup kelopak matanya.

            “Wahai anakanda Farraz, kasihanilah kerajaanmu ini, yakni Kerajaan Madura”, Raja             Masrin mengingatkan anakandanya sebelum Putera Farraz meninggalkan Kerajaan             Madura.

            “Baiklah ayahanda, anakanda akan menuruti kehendak ayahanda”, balas Putera Farraz.

            Apabila sedar sahaja Putera Farraz daripada mimpinya, air matanya mengalir tanpa disedari. Dengan pantas tangan kanannya mengesat air mata yang mengalir.

            “Adakah aku berupaya untuk kotakan janjiku dengan ayahandaku Masrin untuk             mengembalikan kedaulatan Madura?”, persoalan itu ditinggalkan tanpa sebarang jawapan.

“Malam ini anakanda Beta, Puteri Asrohima akan dinikahkan dengan seorang anak muda’, laungan Raja Naufaz kepada rakyat jelatanya.

            Asrohima hanya berdiri di serambi istana sejak subuh tadi dan pandangannya tidak beralih daripada melihat keindahan Taman Zeins. Air mata Asrohima mengalir tatkala terkenangkan sumpahan Si Saitin terhadapnya.

            Hanya kerana tingkah laku ayahandaya, dirinya menjadi mangsa. Si Saitin telah lama menyimpan dendam kesumat setelah Raja Naufaz menjatuhkan hukuman bunuh kepada suaminya, Panglima Zitar. Panglima Zitar merupakan salah seorang pengikut Raja Naufaz yang paling setia. Segala titah dijunjung, segala perintah dituruti. Namun, Panglima Zitar telah dibunuh oleh tangan Raja Naufaz sendiri kerana dia gagal menakluki Bumi Atlang yang dipercayai kaya dengan hasil minyak dan khazanah alamnya.

            Si Saitin sangat berduka cita dengan kematian kekandanya, dan Si Saitin telah melemparkan duri mawar hitam yang telah dijampi ke arah Raja Naufaz tetapi Puteri Asrohima telah menolak ayahananya dan duri mawar hitam tersebut telah terkena di wajah jelitanya. Jeritan Asrohima jelas menunjukkan kesakitan sumpahan duri mawar hitam yang dilemparkan oleh Si Saitin itu.

             Dalam beberapa detik sahaja, wajah Asrohima berubah menjadi seperti nenek tua dan hanya di bahagian matanya sahaja yang kekal seperti biasa. Dan hanya ada satu sahaja penawar bagi sumpahan ini seperti mana yang diperkatakan oleh Si Saitin, Puteri Indera Kayangan hendaklah bernikah dengan pemuda yang berkasta rendah.

            ***
            Sang mentari sudahpun melabuhkan tirainya di ufuk barat dan digantikan dengan keindahan malam yang disulami dengan cahaya bulan yang menyinari  Bumi Indera Kayangan. Namun, keindahan malam ini menjadi satu keperitan dalam hidup Putera Farraz. Hendak ataupun tidak, pernikahannya tetap akan dilangsungkan.

            Putera Farraz ditemani dua orang pengawal istana ke balairung seri. Setiap langkahnya disisipkan dengan melazimi nama Yang Maha Pencipta. Putera Farraz melihat kehadapan dan dilihatnya Asrohima kelihatan sangat cantik bagaikan seorang bidadari bersepersalinan serba putih. Dilihatnya juga Raja Naufaz, kerabat-kerabat Diraja Indera Kayangan, dan seorang lelaki tua yang berjanggut, berpakaian solat dan berkopiah telah cukup menyakinkan hati kecil Putera Farraz bahawa orang itulah yang bakal melafazkan kata-kata ijab bagi akad nikahnya.

            Setibanya Putera Farraz di balairung seri, kedatangannya disambut dengan senyuman yang diukir manis oleh semua Kerabat Diraja dan Raja Naufaz. Putera Farraz terus melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki tua tersebut. Belum sempat Putera Farraz bersuara, tangannya sudah dijabat oleh lelaki tua tersebut.

            “Anak muda ni namanya Faraaz, bukan?” lelaki tua itu  bertanya kepada Putera Farraz dengan nada yang perlahan.
           
            Putera Farraz hanya menganggukkan kepalanya, tanda mengiyakan persoalan yang diutarakan oleh lelaki tua tersebut.

            “Boleh kita mulakan sekarang?” lelaki tua itu bertanya kepada Raja Naufaz.

            “Boleh..boleh..tidak baik rasanya jika kita menangguhkan perkara yang baik”, sahut Raja Naufaz.

            Lelaki tua tersebut terus membacakan rukun nikah dihadapan semua, seraya menanyakan keinginan bernikah daripada Asrohima dan Putera Farraz.

            `Dengan mewakilkan wali nasabnya, Raja Naufaz ibni Raja Saufi, aku nikahkan dikau   akan Puteri Da Ematul Be’ Asrohima binti Raja Naufaz dengan nilai maharnya, empat ratus dirham’, lelaki tua tersebut melafazkan lafaz ijab.

            `Hamba terima nikahnya, Puteri Da Ematul Be’ Asrohima binti Raja Naufaz, dengan nilai     maharnya, empat ratus dirham’, lafaz qabul yang dilafazkankan oleh Putera Farraz             sungguh menyakinkan walaupun hatinya berasa berat untuk melafazkannya.

            Akad nikahnya sah disisi syarak Islam dan pada waktu yang sama perasaan Raja Naufaz melonjak gembira apabila membayangkan sumpahan Si Saitin bakal berakhir.

***
            Siang dan malam silih berganti dan tiada henti. Keesokan harinya, Raja Naufaz tidak sabar menananti puteri kesayangannya untuk turun bersantap. Pernantian Raja Naufaz berakhir apabila Putera Farraz dan Asrohima tiba dengan keadaan mereka yang saling berdakapan.

            “Assalammualaikum ayahanda”, Putera Farraz mendoakan kesejahteraan Raja Naufaz.

            Belum sempat Raja Naufaz mendoakan kesejahteraan Putera Farraz kembali, Raja Naufaz terus mendapatkan Puteri Asrohima dan mengusap wajahnya dibalik purdah yang masih tidak ditanggalkannya.

            “Kenapa..kenapa ia tidak berhasil?!”, Raja Naufaz menanyakan kepada Asrohima dalam keadaan  yang bingung.

            Asrohima hanya mampu menundukkan kepalanya tanda dia berserah akan ketentuan Ilahi.
            “Inilah nasib anakanda, wahai ayahanda. Segalanya sudahpun ditentukan olehNya di             arashNya , ayahanda”

            “Tidak..tidak..pasti anakanda ada melanggar pantang larangnya, bukan?”

            “Tidak ada apa-apa yang anakanda ingkari. Segalanya anakanda turuti dengan patuhnya”,      sahut Asrohima dengan nada yang berserah.

            Putera Farraz semakin bingung melihat Asrohima dengan Raja Naufaz yang sama sekali tidak menghiraukan dirinya.

            “Ada apa sebenarnya, dinda?”, Putera Farraz bertanyakan kepada Asrohima.

“Sebenarnya, dinda disatukan dengan kanda hanya kerana ingin menghapuskan sumpahan yang melanda keatas diri adinda. Dinda perlu bernikah dengan pemuda yang berkasta rendah demi menghapuskan sumpahan Si Saitin. Maafkan dinda, kanda. Namun, selepas bernikah dengan kanda, sumpahan Si Saitin itu tetap berlanjutan’, asrohima menerangkan            kepada suaminya tanda dia taat kepada Putera Farraz.

            “Astaghfirullahhalazim, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segala-galanya.                         Sebenarnya, kanda ini ialah Putera Farraz daq ibni Raja Masrin, yakni pewaris tahta Kerajaan Madura”, sahut Putera Farraz dengan nada yang tenang.

            Hati Raja Naufaz dirasakan bagai ditusuk dengan panahan sebilah lembing. Berderau darah Raja Naufaz apabila mendengar nama musuhnya disebut oleh Putera Farraz.

            “Sesungguhnya, darah yang mengalir di dalam tubuhmu ini merupakan salasilah             musuhku di dunia dan seterusnya”, Raja Naufaz melontarkan kata-kata tersebut dengan            nada yang tinggi. Namun kata-kata yang dilontarkan oleh Raja Naufaz sama sekali tidak     memeranjatkan Putera Farraz.

            “Habislah riwayatmu ditanganku”, Raja Naufaz terus merampas keris yang disisipkan di   pinggangnya lalu dihunuskan ke arah Putera Farraz.

            Belum sempat mata keris Raja Naufaz menikam dada Putera Farraz, dengan pantas Asrohima menarik cucuk sanggulnya dan dilemparkan ke arah Raja Naufaz. Lemparan Asrohima tepat mengenai dada Raja Naufaz.

            “Tidak kusangka, tangan anakanda kesayanganku juga yang menghuraikan jasad dan             rohku”, Raja Naufaz bersuara dalam kesakitan semasa Malaikat Izrail sedang             menjalankan perintah Yang Maha Esa.

            Kaki Raja Naufaz menjadi kaku dan terus terjatuh. Hemburan darah dari mulutnya jelas memperlihatkan kesakitan yang dialaminya.

            “Sesungguhnya aku berlindung dengan nama Tuhanku, dan sesungguhnya syurgaku di         bawah telapak kaki kandaku”, walaupun perit untuk Asrohima meluahkannya hakikat            yang sebenar bagi seorang isteri.

            Tidak disangka-sangka, air mata Asrohima jatuh berjuraian tanpa henti. Dia terus sujud kehadrat Ilahi dan merangkak perlahan-lahan mendapatkan ayahandanya.
            daus katakan kenapa
            Putera Farraz yang kaku berdiri, hanya mampu beristighfar kehadrat Ilahi dan berdoa agar segala keampunan diberikan kepada ayah mertuanya. Dengan langkah yang berani, Putera Farraz mendapatkan Raja Naufaz.

            `Lafazkanlah nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ayahandaku,             sesungguhnya Dia berkuasa di sekalian alam’, Putera Farraz membisikkan di cuping             telinga Raja Naufaz.

            `Al..al..al..’, nafas Raja Naufaz terhenti. Jelas sekali Raja Naufaz mangkat dalam keadaan           dirinya yang kufur tehadap Ilahi.

            Puteri Asrohima yang berada dalam dakapan Putera Farraz hanya mampu redha dan pasrah dengan pemergian ayahandanya yang tercinta. Sesungguhnya, mati itu sudah pasti, dan hidup itu Insya-Allah.

            ***

            Kemangkatan Raja Naufaz memberikan kesan yang amat mendalam dalam diri Asrohima. Secara tidak langsung, tahta Kerajaan Indera kayangan beralih kepada Putera Farraz.

`Kanda, kasih sayang adinda hanya untuk kanda dan terpaksa dinda, namun harus dinda tinggalkan cinta ini ketika adinda bersujud’, Asrohima meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendamkan sejak pertemuan mereka di kaki Bukit Sayyiz lagi.

            `Dinda, sesungguhnya kanda juga begitu, dan kanda akan berusaha dengan kudrat yang    ada untuk memulihkan dinda daripada sumpahan Si Saitin itu’, sahut Putera Farraz.

***
            Keesokan harinya merupakan tepat tahun kesepuluh Pohon Zeins untuk memutikkan kuntumnya. Keharumannya jelas sekali memaparkan keistimewaan ciptaan Yang Maha Esa itu. Buat pertama kalinya keharuman itu dihidu oleh Putera Farraz. Putera Farraz terus mengatur langkah menapak ke perkarangan Taman Zeins. Dipetiknya dua kuntum Bunga Zeins dengan disisipkan kalimah suci, Basmalah.

            “Dinda, kemari saying”, Putera Farraz memanggil isteri kesayangannya.

            “Ya..ada apa kanda?”.
           
            “Biarkan hijab di wajahmu dibuka, akan aku berusaha pulihkan kejelitaanmu, dinda”.

            Dengan berat hati Asrohima membuka purdahnya dan dia terus menundukkan wajahnya melihat bumi.

            “Lihatlah ke arahku, dinda, telah kupetik dua kuntum Bunga Zeins demi merawatimu”,             pujukan Putera Farraz jelas sekali dapat melembutkan hati asrohima.

           Perlahan-lahan Asrohima menaikkan durjanyanya dan melihat ke arah Putera Farraz. Putera Farraz terus mengusap wajah isterinya dengan dua kuntuman Bunga Zeins dan dibacakan ayat-ayat Suci daripada kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, marfumnya…
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
~Apa yang kalian bawa adalah sihir, sungguh Allah akan menghancurkannya, sesungguhnya Allah tidak akan membenarkan perbuatan yang membuat kerosakan.Dan Allah memutuskan yang hak dengan kalimat-kalimatnya, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya. (Surah Yunus:81-82)
~Maka menanglah al-hak dan hancur apa-apa yang telah mereka perbuat, maka tewaslah mereka dan kembali dengan hina, lalu, bersujud dan tunduk para tukang sihir itu. Mereka berkata, `Kami beriman kepada Rab sekalian alam, Tuhan Musa dan Harun’.
 (Surah Al-A’raaf:118-122)
~Sesungguhnya apa yang telah mereka perbuat hanyalah tipu daya tukang sihir, dan sekali-kali tukang sihir tidak akan Berjaya dengan apa jua perkara yang ia perbuat.
(Surah Thaahaa:69)
~Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.
 (Surah An-Nisaa’:84)
~Maka Allahlah sebaik-baik penjaga dan Dia paling pengasih.
(Surah Yusuf:64)
Amin Ya Rabbal Alamin..

            Dengan kuasa Ilahi, raut wajah Asrohima kembali seperti sedia kala dan tiada sebarang parut lagi yang berada pada kecantikan wajahnya.

            “Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi”, Putera Farraz terus melafazkan kata syukur             seraya melaksanakan sujud syukur kepada Yang Maha Esa.

            Keriangan dan kegembiraan Asrohima tidak dapat dibayangkan dengan ungkapan
 kata-kata. Hanya Yang Maha Mengetahui sahajalah yang mengerti perasaannya ketika itu.

***

            “Dinda..adakah dinda mahu bersama kanda pulang ke Bumi Madura?”, Putera Farraz bertanya kepada isterinya yang tercinta dengan kata-kata yang penuh hikmah.

            “Kanda..kenapa kanda berkata sedemikian. Sesungguhnya diri ini ialah milikmu,             kandaku”, sahut Asrohima dengan manjanya.

            Perjalanan mereka pulang ke Bumi Madura merupakan satu perjalanan yang cukup indah. Keindahan Bukit Sayyiz sememangnya memukau pandangan mereka berdua. Bagaikan berada di alam mimpi.

            Setiap tapak yang diatur isulami dengan melazimi nama Yang Maha Kuasa, disamping tangan Asrohima digenggam erat oleh Putera Farraz yang dapat melambangkan kasih suci mereka demi Allah s.w.t.

            Setelah sehari semalaman di Bukit Sayyiz, akhirnya, perkarangan Istana Madura dapat dilihat oleh mereka berdua. Rindu kesumat Putera Farraz akhirnya terubat setelah menjejakkan kakinya di Bumi Madura.
           
            “Wahai isteriku, Asrohima, sesungguhnya di sinilah tempatku”, nada suara Putera Farraz jelas memperlihatkan kegembiraan di raut wajahnya.

            Setibanya di istana, orang ista melihat Putera Farraz dengan keadaan yang menghairankan. Seperti deang memperlihatkan orang asing yang bertandang ke istana.

            “Wahai anakandaku, Farraz”, suara itu jelas membuatkan Putera Farraz terus menoleh          tanpa berfikir panjang.

            “Ayahanda Masrin!!sesungguhnya anakanda sangat merinduimu”.Putera Farraz terus    berlari mendapatkan ayahandanya, namun, Asrohima tetap berdiri tegak melihat mereka            berdua.

            “Anakanda mohon ampun, kerana anakanda tidak mampu menjadi anak yang soleh             kepada ayahanda”, Putera Farraz membisikkannya kepada ayahandanya.

            “Tidak wahai anakanda, hanya anakanda sahajalah yang ayahanda punya”, sahut Raja     Misran.

            Tiba-tiba pelukan Raja Misran beransur renggang apabila anak matanya terjurus ke arah seorang wanita yang berdiri di bahagian tengah balairung seri. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Raja Misran.

            “Anakanda Farraz..siapakah gerangan wanita itu?”.
           
            Putera Farraz terus mendapatkan telapak tangan ayahanda kesayangannya dan terus dikucupnya.

            “Ampunkan Farraz, ayahandaku..sesungguhnya wanita yang ayahanda maksudkan itu        ialah isteri anakanda’, Putera Farraz sekali lagi memohon ampun daripada ayahandanya   dengan bernada suara yang agak sayu.

            “Sesungguhnya wanita yang ayahanda maksudkan itu ialah..ialah Puteri Asrohima, yakni, puteri kepada Raja Naufaz, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan”.

            Raja Masrin sangat terkejut mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh puteranya dan merasakan jantungnya seperti berhenti berdetak. Raja Misran terus memalingkan wajahnya.

            “Tidakkah anakanda sedar bahawa, wanita yang anakanda nikahi itu punya darah daging             musuhku?”, nada raja Misran terus berubah.
           
            “Wahai ayahanda Misran, janganlah ayahanda melihat salasilah darah dagingnya kerana             kesalahan mereka. Kita semua sama di mataNya, ayahanda”, kata-kata Putera Farraz jelas      sekali membuatkan Raja Misran berubah fikiran.
            “Wahai anakandaku, jika itulah takdirNya, ayahanda redha dengan ketentuanNya, kerana             pasti ada hikmah disebaliknya”, Raja Misran terus berubah hati setelah mendengar kata-         kata puteranya.
            “Sesungguhnya aku berlindung atas nama Tuhanku, dan aku telah menggabungkan dua                  kerajaan, yakni Kerajaan Madura dan Kerrajaan Indera kayangan dengan ikatan              perkahwinanku yang suci dalam agama yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah                   s.a.w”, kata-kata yang diutarakan oleh Putera Farraz sememangnya merupakan kata-kata yang ikhlas dari lubuk hatinya.
            Akhirnya, tahta Kerajaan Madura diturunkan kepada Putera Farraz dan kedua-dua kerajaan ini digabungkan menjadi satu. Bukit Sayyiz bukan lagi penghalang antara mereka. Segala urusan pentadbiran dilaksanankan bersama. Sesungguhnya tiada sebarang kuasa pun yang mampu mengubah takdir yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa di langit ketujuh. Tiada apa pun yang dapat menghalangnya. Kerana sesungguhnya tuhanku Yang Maha Alim.
`Kandaku, Farraz..
sesungguhnya dirimu adalah nyawaku..
aku bersumpah atas nama tuhanku yang sesungguhnya akan kutaat kepadamu..
dan tiada apapun dapat menghalang cinta ini kepadam..
 walaupun Sayyiz sekalipun..
terimalah daku seadanya disisimu..
ingin kubersamamu mengharungi segala dugaanNya..
cinta ini hanya untukmu kandaku..
ku bersyukur kepaaNya kerana menjadikan Sayyiz untuk kita..
hanya kerana Sayyiz, kandaku..
…’
dindamu..Asrohima

5 comments:

  1. bole than best cite ni.. complicated gile nk buat.. ape2pun,, tahniah!! punye bakat..:)

    ReplyDelete
  2. waaaa...style2 lar bro...xD engineer + novelist..xD

    ReplyDelete
  3. Yup..dah lama dah cerita ni..sorry banyak typo

    ReplyDelete